Sunday 1 November 2015


PENGENALAN:

       Sarapan pagi atau makan pagi atau dikenali juga sebagai ‘Breakfast’ adalah pengambilan makanan yang penting untuk seseorang. Sarapan pagi bermaksud individu yangmengambil makan pagi di pagi hari yang bermula pada jam 6.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Sarapan pagi biasanya terdapat di Hotel, Restoren atau kedai makan, mahupun di Sekolah.

       Kebiasaanya di Hotel, sarapan pagi bermula pada jam 6.30 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Di Hotel sarapan pagi dihidangkan secara ‘buffet’ mengikut menu yang disediakan dan bayaran yang ditetapkan mengikut harga buffet untuk seorang makan ( 1 pax). Contohnya seorang pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM 25.00 untuk hidangan buffet dimana pelanggan boleh makan pelbagai makanan/minuman yang ada di meja buffet, Selain itu, sarapan pagi juga dihidangkan secara ala’carte iaitu makanan yang dipesan dari pelanggan yang mengikut menu dan harga tetap dari menu yang diberikan.Sarapan yang dihidangkan secara ‘buffet’ selalunya dihidang dalam Local Breakfast seperti nasi lemak, nasi goreng, mee/bihun/kueyteowgoreng, bubur yang disertakan bersama condiment(bahan-bahan) dan sup dan lain-lain lagi. Bagi ala ‘carte pula selalunya dihidang dalam American Breakfast ataupun Local Breakfast. Local breakfast merangkumi menu sarapan seperti (malay, Indian, Chinese). American Breakfast seperti Sandwich, omelette, sosej, telur separuh masak, baked bean, roti dan lain-lain lagi.

       Bagi di Restoren atau kedai makan mahupun sekolah, sarapan pagi ini juga dihidangkan secara buffet mengikut menu yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan untuk pelanggan. Disamping itu, ada juga sarapan pagi yang dihidang secara ala’carte. Sarapan pagi bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi.
  
KEBAIKKAN SARAPAN PAGI:

Sarapan pagi sering kali kita dengar banyak kebaikkan yang melibatkan setiap individu yang mengambilnya. Sarapan pagi ini penting untuk setiap individu, ia melibatkan harian kita yang kita tempuhi setiap hari. Antara kebaikan yang kita perolehi seperti:

·         Sarapan pagi dapat memberi tenaga kepada diri kita.
·         Dapat mempertahankan ketahanan tubuh badan kepada setiap individu.
·         Kita dapat meningkatkan konsentrasi (tumpuan) pada sesuatu aktiviti yang                
      dijalankan setiap pagi.
·         Kita juga dapat meningkatkan kemampuan otak dan kecerdasan otak untuk
       berfikir terutama untuk anak-anak yang masih belajar mahupun kepada
       individu yang bekerja.
·         Bersikap positif
·         Kehidupan lebih teratur dan tersusun


KEBURUKKAN TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI:

Keburukkan terhadap individu yang tidak mengambil sarapan pagi antaranya adalah seperti:

·         Individu akan berasa lemah badan/mengantuk di pagi hari
·         Tidak semangat untuk melakukan aktiviti yang ada
·         Cara pemikiran kita lambat untuk bertindak
·         Kecerdasan otak menjadi lemah


Selain itu, kebaikkan sarapan pagi juga boleh dikaitkan dengan diet, ini kerana kepada individu yang mengambil sarapan pagi dapat menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di waktu ‘branch’ iaitu diantara waktu sarapan pagi dan makan tengah hari.





Terdapat dua jenis sarapan pagi:

JENIS-JENIS SARAPAN

1.    Local breakfast menu (Malaysian)-(menu sarapanTempatan)
2.    International breakfast menu (menu sarapan Antarabangsa)


  
GAMBARAJAH 1

Gambarajah 1menunjukkan Menu SarapanTempatan (Local Menu Breakfast)
Terdapat 2 jenis sarapanTempatan antaranya

Menu sarapanTempatan (Malaysian)seperti;
-       Malay
-       Indian
-       Chinese

Contoh sarapan masakkan melayu diantaranya adalah
-       Lontong
-       Nas ilemak
-       Nasi goreng
-       Mee /bihun /kueyteow goreng

Contoh sarapan masakkan india diantaranya adalah
-       Thosai
-       Capati
-       Roti canai



Contoh sarapan masakkan cina diantaranya adalah

-       Din sum
-       Teow chew bubur

  
GAMBARAJAH 2

Gambarajah 2 menunjukkan Menu Sarapan Antarabangsa (International Menu Breakfast)
Terdapat 2 jenis sarapan Antarabangsa antaranya

Menu Sarapan Antarabangsa Seperti;
-       Continental breakfast
-       American breakfast

Contoh sarapan masakkan continental adalah
-       Jus buah
-       Produk roti
-       Buahpotong

Contoh sarapan masakkan American adalah
-       Telur
-       Bijirin
-       Waffle
-       Jus buah
-       Produk roti
-       French toast
-       Susu (Fresh milk)
-       Lempeng (Pancake)


  
GAMBARAJAH 3

Gambarajah 3 menunjukkan kategori dalam sarapan pagi

Terdapat 2 kategori sarapan pagi antaranya;

1.    Buffet
2.    Set

KATEGORI-KATEGORI;

1.    BUFFET
-       Buffet ialah satu hidangan yang mempunyai pelbagai jenis makanan dan minuman sebagai contoh nasi, bubur, roti, sup, bijirin, jus buah, teh, kopi, susu (fresh milk).
-       Kebiasaanya buffet dikenakan bayaran untuk seorang makan, contoh seorang makan dikenakan RM25.00 dan boleh menikmati pelbagai juadah yang disediakan

2.    SET
-       Set ialah satu hidangan yang dipesan oleh pelanggan yang dihidangkan dalam penyediaan panas atau pun sejuk
-       Hidangan set boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan
-       Harga setiap set adalah tetap bagi setiap hidangan.

-       Contoh hidangan set nasi goreng bersama cordial, roti bersama teh atau kopi, dan lain-lain lagi   

1 comment:

  1. 1xbet korean | legalbet.co.kr
    1xbet korean · 1xbet korean · 1xbet 인카지노 korean · 1xbet korean · 1xbet korean 1xbet · 1xbet korean · 1xbet korean · 제왕 카지노 1xbet korean · 1xbet korean.

    ReplyDelete